KATA GANTI NAMA

Kata Ganti Nama - kata yang menjadi pengganti bagi kata nama khas dan kata nama am.

Kata Ganti Nama Diri Orang - kata yang digunakan bagi menggantikan nama seseorang.

Kata Ganti Nama Diri Orang terbahagi kepada 3.
-          Kata ganti nama diri pertama
-          Kata ganti nama diri kedua
-          Kata ganti nama diri ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama
Penggunaan
Saya (tunggal)
-     Bercakap atau berbual dengan orang yang baru dikenali
-     Bercakap atau berbual-bual dengan rakan-rakan atau teman-teman
-     Bercakap dalam suasana rasmi
Aku (tunggal)
-     Bercakap dengan orang yang rapat atau mesra
-     Berdoa kepada Tuhan
-     Tidak sesuai bercakap dengan orang tua atau dalam majlis rasmi
Hamba (tunggal)
-     Digunakan oleh orang biasa pada zaman dahulu
Patik (tunggal)
-     Digunakan oleh orang biasa apabila bercakap dengan raja atau sultan
Beta (tunggal)
-     Digunakan oleh raja atau sultan
Kami (banyak/jamak)
-     Merujuk kepada orang yang bercakap dan mewakili sekumpulan orang tertentu
Kita (banyak/jamak)
-     Merujuk kepada orang yang bercakap dan mewakili semua orang yang ada di situ
Daku (tunggal)
-     Digunakan dalam seni kata lagu
-     Kerap hadir selepas perkataan yang berakhir dengan huruf  n

Kata Ganti Nama Diri Kedua
Penggunaan
Awak (tunggal)
-     Digunakan untuk orang yang diajak bercakap dan mempunyai hubungan yang rapat dengan kita
-     Digunakan oleh orang atasan untuk bercakap dengan orang bawahan
-     Digunakan oleh suami isteri di sesetengah tempat atau daerah
Anda (tunggal/jamak)
-     Digunakan dalam suasana rasmi apabila tidak ada hubungan langsung seperti dalam surat atau iklan
Engkau (tunggal)
-     Antara dua pihak yang rapat hubungannya
-     Ketika berdoa kepada Tuhan
-     Tidak sesuai digunakan apabila bercakap dengan orang tua atau yang lebih tinggi tarafnya daripada kita
Kamu (tunggal/jamak)
-     Bercakap dengan orang yang mempunyai hubungan rapat
-     Digunakan oleh orang dewasa kepada orang yang lebih muda
Tuanku (tunggal)
-     Ketika bercakap denga raja atau sultan
Kalian (jamak/banyak)
-     Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
Dikau (tunggal)
-     Digunakan dalam tulisan atau seni kata lagu
Tuan hamba (tunggal)
-     Digunakan oleh orang biasa pada zaman dahulu

Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Penggunaan
Dia (tunggal)
-     Untuk orang biasa
Ia (tunggal)
-     Untuk orang biasa
Beliau (tunggal)
-     Untuk orang yang berjasa dan dihormati seperti bapa, guru, menteri, pemimpin, pahlawan dan sebagainya.
-     Tidak sesuai digunakan untuk pencuri, perompak dan kanak-kanak
Baginda (tunggal)
-     Digunakan apabila bercakap tentang raja atau sultan
Mereka (tunggal)
-     Digunakan untuk orang yang dicakapkan halnya
Nya (tunggal)
-     Digunakan untuk milik seseorang

3 comments: